S560e

Kenyataan Media
ADUN PENAGA
8 Januari 2021

*Pembelian Mercedes S560e Bukti Kerajaan DAP-PH Pulau Pinang Tidak Prihatin Derita Rakyat*

1. Saya terkejut apabila membaca laporan berita mengenai tindakan Kerajaan DAP-PH Pulau Pinang yang membeli kereta rasmi baharu model Mercedes S560e untuk kegunaan Ketua Menteri yang berharga RM458,122.78.

2. Dalam keadaan ramai rakyat Pulau Pinang yang sedang menderita kesan penularan pandemik Covid-19, tindakan Kerajaan Negeri ini langsung tidak sensitif dan prihatin terhadap rakyat. Nilai harga kereta tersebut cukup untuk membekalkan bakul makanan bernilai RM50 kepada 9,162 buah keluarga di seluruh Pulau Pinang.

3. Ini sangat-sangat berbeza dengan sikap Perdana Menteri dan Kerajaan Persekutuan yang ditunjangi oleh Perikatan Nasional yang lebih mengutamakan kesejahteraan rakyat dengan pengenalan pelbagai bentuk skim dan bantuan kepada golongan rentan. Berbelanja ratusan bilion ringgit dalam Belanjawan 2021 hanya untuk membantu golongan yang terjejas tanpa perlu retorik seperti DAP-PH.

4. Red Bean Army dan laskar siber PH giat menyerang dan menghina PAS sewaktu Kerajaan Negeri Kelantan memberi kereta rasmi baharu untuk Menteri Besar dan Exco tetapi diam membisu dalam tindakan Kerajaan DAP-PH Pulau Pinang ini.

5. Jawapan yang saya dapat dalam sidang dun lepas bahawa seramai 5,443 orang diberhentikan kerja manakala 8 hotel terpaksa ditutup di Pulau Pinang sepanjang musim COVID-19. Mengapakah peruntukan yang ada tidak mengutamakan mereka ini dahulu.

6. Itu belum lagi belanjawan negeri tahun ini yang membawa kepada defisit RM403.8 juta. Keadaan menunjukkan kerajaan tidak berhemah dalam berbelanja.

7. Kerajaan DAP-PH Pulau Pinang seharusnya menangguhkan dahulu kalau bukan membatalkan sahaja hasrat membeli kereta rasmi baharu dan memberikan penumpuan kepada soal kebajikan dan kesejahteraan rakyat ketika ini, namun mereka memilih untuk berbelanja demi untuk memenuhi nafsu hidup dalam kemewahan mereka sendiri semata-mata.

Justeru itu, rakyat Pulau Pinang perlu melihat kemunafikan DAP-PH dan menolak mereka dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 nanti.

*YB USTAZ YUSNI MAT PIAH*
ADUN PENAGA

Mercedes S560e: Kerajaan DAP tidak prihatin derita rakyat
https://harakahdaily.net/index.php/2021/01/08/mercedes-s560e-kerajaan-dap-tidak-prihatin-derita-rakyat/

Muslihat.

🚩 *Apakah muslihat DAP mahu memasuki MCA?*

Oleh: Dr Muslim, penganalisis politik

Penafian (Disclaimer): Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili mana-mana pemimpin atau parti politik.


Berita semalam, 5 Januari 2021 melaporkan 20 wakil rakyat DAP mahu memasuki MCA. (https://malaysiagazette.com/2021/01/05/20-wakil-rakyat-dap-masuk-mca/)

Persoalannya, adakah berita ini benar, atau ianya hanya satu gimik politik dikala parti UMNO sedang hebat di landa kontroversi?

Ironinya, kenapa Presiden UMNO yang di beritakan oleh pemimpin UMNO secara senyap-senyap telah pergi berbincang dengan DAP, musuh 60 tahun mereka sendiri?

Tidak mungkin jawapannya ialah untuk mengekal ketuanan Melayu Islam, kerana DAP dan PKR sendiri mahukan ICERD dan tidak menerima ketuanan Melayu dan kontrak sosial.

Seperti kita tahu, setengah pimpinan UMNO mahu bergabung dengan PKR dan DAP dalam membentuk kerajaan. Malah bukan menjadi rahsia lagi, bahawa Anwar terang-terangan mahu menjatuhkan kerajaan PN dengan sokongan sebahagian daripada wakil rakyat UMNO sendiri dalam undi penolakan bajet, tetapi tidak tertunai.

Oleh kerana majoriti ahli UMNO tidak boleh menerima DAP tetapi boleh menerima MCA, adakah kemasukan 20 wakil rakyat DAP itu kedalam MCA ini merupakan sebahagian daripada perancangan sulit Anwar dan beberapa pemimpin UMNO untuk mengabui mata ahli-ahli UMNO supaya mereka menerima DAP? Atau adakah ini mungkin sandiwara kosmetik mereka dengan berkulitkan MCA, tetapi berhatikan DAP, seperti kata “perli” bahasa “musang berbulu ayam”?

Atau pun mungkin ini sebahagian dari perancangan DAP untuk menguasai kawasan majoriti orang Islam? Dalam PRU 14, UMNO memberi 13 kawasan Melayu kepada calon bukan Islam dimana 9 dari 13 itu diberi kepada MCA. Padahal MCA hanya memenangi 1 kerusi sahaja disitu. Mungkin MCA hanyalah “Trojan Horse” DAP untuk mendapatkan lebihan kerusi di tempat Melayu. Lagi pun, dengan 9 kerusi itu, mereka boleh lompat balik ke DAP bila-bila masa sahaja sama ada, dengan beralasan atau pun tidak. Dan mereka juga boleh jadi kingmaker untuk menekan UMNO supaya mengikut kehendak mereka.

Inilah kemungkinan muslihat politik yang ahli-ahli UMNO khususnya dan orang Melayu amnya perlu sedar, supaya kawasan parlimen majoriti orang Melayu Islam tidak diterokai oleh DAP dan meminta hak milik seperti modus operandi meneroka tanah “Musang King”, lepas itu bila tersepit meminta pertolongan MCA untuk mendapat hak milik.

Sedangkan analisis saya mendapati DAP tidak memberi satu pun dari 24 kawasan majoriti orang Cina kepada calon Melayu PH pada PRU 14. Calon Melayu PH hanya diberi sebahagian dari kawasan campuran dimana jumlah pengundi Cina dan India melebihi 50% dari pengundi Melayu.

Kesimpulannya, calon Islam perlu memenangi kawasan majoriti Muslim, dan wajarlah kesatuan UMNO, PAS, PPBM dikekalkan demi menjamin kawasan majoriti orang Melayu Islam tidak terlepas kepada bukan Islam.

Jadinya, kawasan majoriti Muslim tidak boleh diberi kepada calon bukan Islam seperti yang diamalkan oleh DAP yang tidak memberi kawasan majoriti Cina kepada calon Islam. Ini bukan tindakan rasis, tetapi Muslimlah yang patut menjaga kepentingan mereka yang semakin terhapus di bumi sendiri.

Sekiranya, MN dan PN boleh memenangi 100% Kawasan majoriti Muslim, 117 kerusi parlimen sudah berada dalam gengaman mereka untuk membolehkan orang Islam membentuk kerajaan.

Dr Muslim
Kuantan
7-1-2021

No 009

Nota:
PRU 14
Jumlah kawasan majoriti Muslim adalah 138 dan dimenangi oleh:
UMNO 46
PAS 18
PPBM 12
MCA 1
DAP 1
PAN 9
PKR 30
Jumlah 117

UMNO SABAH 7
BN SARAWAK 5
WARISAN 7
PKR SABAH 2
Jumlah 21

Jumlah Kawasan Majoriti Bukan Muslim adalah 84 dan dimenangi oleh:
MIC 2
IND 1
DAP 32
PAN 2
PKR 11
Jumlah 48

UMNO SABAH 1
BN SAB 3
BN SAR 14
WARISAN 1
IND 2
STAR 1
DAP 9
PKR 5
Jumlah 36

Jumlah keseluruhan 222