Muslihat.

🚩 *Apakah muslihat DAP mahu memasuki MCA?*

Oleh: Dr Muslim, penganalisis politik

Penafian (Disclaimer): Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili mana-mana pemimpin atau parti politik.


Berita semalam, 5 Januari 2021 melaporkan 20 wakil rakyat DAP mahu memasuki MCA. (https://malaysiagazette.com/2021/01/05/20-wakil-rakyat-dap-masuk-mca/)

Persoalannya, adakah berita ini benar, atau ianya hanya satu gimik politik dikala parti UMNO sedang hebat di landa kontroversi?

Ironinya, kenapa Presiden UMNO yang di beritakan oleh pemimpin UMNO secara senyap-senyap telah pergi berbincang dengan DAP, musuh 60 tahun mereka sendiri?

Tidak mungkin jawapannya ialah untuk mengekal ketuanan Melayu Islam, kerana DAP dan PKR sendiri mahukan ICERD dan tidak menerima ketuanan Melayu dan kontrak sosial.

Seperti kita tahu, setengah pimpinan UMNO mahu bergabung dengan PKR dan DAP dalam membentuk kerajaan. Malah bukan menjadi rahsia lagi, bahawa Anwar terang-terangan mahu menjatuhkan kerajaan PN dengan sokongan sebahagian daripada wakil rakyat UMNO sendiri dalam undi penolakan bajet, tetapi tidak tertunai.

Oleh kerana majoriti ahli UMNO tidak boleh menerima DAP tetapi boleh menerima MCA, adakah kemasukan 20 wakil rakyat DAP itu kedalam MCA ini merupakan sebahagian daripada perancangan sulit Anwar dan beberapa pemimpin UMNO untuk mengabui mata ahli-ahli UMNO supaya mereka menerima DAP? Atau adakah ini mungkin sandiwara kosmetik mereka dengan berkulitkan MCA, tetapi berhatikan DAP, seperti kata “perli” bahasa “musang berbulu ayam”?

Atau pun mungkin ini sebahagian dari perancangan DAP untuk menguasai kawasan majoriti orang Islam? Dalam PRU 14, UMNO memberi 13 kawasan Melayu kepada calon bukan Islam dimana 9 dari 13 itu diberi kepada MCA. Padahal MCA hanya memenangi 1 kerusi sahaja disitu. Mungkin MCA hanyalah “Trojan Horse” DAP untuk mendapatkan lebihan kerusi di tempat Melayu. Lagi pun, dengan 9 kerusi itu, mereka boleh lompat balik ke DAP bila-bila masa sahaja sama ada, dengan beralasan atau pun tidak. Dan mereka juga boleh jadi kingmaker untuk menekan UMNO supaya mengikut kehendak mereka.

Inilah kemungkinan muslihat politik yang ahli-ahli UMNO khususnya dan orang Melayu amnya perlu sedar, supaya kawasan parlimen majoriti orang Melayu Islam tidak diterokai oleh DAP dan meminta hak milik seperti modus operandi meneroka tanah “Musang King”, lepas itu bila tersepit meminta pertolongan MCA untuk mendapat hak milik.

Sedangkan analisis saya mendapati DAP tidak memberi satu pun dari 24 kawasan majoriti orang Cina kepada calon Melayu PH pada PRU 14. Calon Melayu PH hanya diberi sebahagian dari kawasan campuran dimana jumlah pengundi Cina dan India melebihi 50% dari pengundi Melayu.

Kesimpulannya, calon Islam perlu memenangi kawasan majoriti Muslim, dan wajarlah kesatuan UMNO, PAS, PPBM dikekalkan demi menjamin kawasan majoriti orang Melayu Islam tidak terlepas kepada bukan Islam.

Jadinya, kawasan majoriti Muslim tidak boleh diberi kepada calon bukan Islam seperti yang diamalkan oleh DAP yang tidak memberi kawasan majoriti Cina kepada calon Islam. Ini bukan tindakan rasis, tetapi Muslimlah yang patut menjaga kepentingan mereka yang semakin terhapus di bumi sendiri.

Sekiranya, MN dan PN boleh memenangi 100% Kawasan majoriti Muslim, 117 kerusi parlimen sudah berada dalam gengaman mereka untuk membolehkan orang Islam membentuk kerajaan.

Dr Muslim
Kuantan
7-1-2021

No 009

Nota:
PRU 14
Jumlah kawasan majoriti Muslim adalah 138 dan dimenangi oleh:
UMNO 46
PAS 18
PPBM 12
MCA 1
DAP 1
PAN 9
PKR 30
Jumlah 117

UMNO SABAH 7
BN SARAWAK 5
WARISAN 7
PKR SABAH 2
Jumlah 21

Jumlah Kawasan Majoriti Bukan Muslim adalah 84 dan dimenangi oleh:
MIC 2
IND 1
DAP 32
PAN 2
PKR 11
Jumlah 48

UMNO SABAH 1
BN SAB 3
BN SAR 14
WARISAN 1
IND 2
STAR 1
DAP 9
PKR 5
Jumlah 36

Jumlah keseluruhan 222

Leave a Comment